Friday, May 18, 2012

Kata dua.... tiga empat lima.......

Hari ni semasa main masak2 tadi, aku sempat bagi kata dua tiga empat kat cikti aka maid aku tu... Bukan apa, dia tu tengah dilanda keterujaan nak balik kawen bulan 7 ni... Dah gedik terlampau tu. Aku dah naik rimas dah pun. 

Aku kata dua,.. kata aku, aku dah tak mau berjanji apa2 selepas dia blk kawen nanti.. Maksud aku, selepas dia balik semula ke sini utk sambung kerja. Kalau dulu masa aku nak pindah ke Ipoh, kami ada berjanji yang Insya Allah,.. kami akan balik SP mungkin 2 minggu sekali. Dan sekiranya kami balik SP, maka dia akan dibenarkan cuti aka berdating dgn pacarnya ittewww.... Udahnya kami tak dapat menunaikan janji2 itu sebab bukan senang nak balik 2 minggu sekali ke SP hanya kerana nak bagi depa berdating saja... Ader ke gila mcm tu ? Errrmmmm, baik sungguh majikan ini,... Jadi, kami rasa kami dah jadi manusia yg munafik kerana tidak dapat menunaikan janji2 manis bergula di tepi bibir ajer.. Walaupun pada mulanya, kami cuba sedaya upaya untuk menunaikan jugak janji2 itu,... tetapi apabila ada komitmen lain di hari sabtu dan ahad,.. maka janji2 itu hanya tinggal omongan kosong saja... Di kananku ini anak2,... Di kiriku anak2,... amanah yg mana yg patut aku dulukan,.. lalu aku memilih utk mendahulukan anak2 aku. Amar ada latihan bola sepak setiap pg sabtu... Deny pulak ada tusyen pada setiap hari sabtu & ahad.. Adakah dengan amanah sebegitu, terleraikah janji2 ku yg nak blk SP semata2 kerana cikti nak berdating ? 

Aku kata tiga... kerana kali ini, mereka akan balik ke kg halaman mereka di Indon utk menikah.. Pada asalnya cikti memujuk bagai nak gila utk membenarkan dia bernikah di Malaysia saja. Memujuk bagai nak gila merujuk kepada awalnya memujuk, kemudiannya mengugut... dan kemudian diguna-guna2... Aku takrifkan tindakan itu sebagai salah satu 'desperate measure'..tindakan gila ! Alasan aku cuma satu,... Aku dah berjanji dgn Ibu Cikti, aku boleh izinkan perhubungan mereka,.. dari berpacar sehingga bertunang..(bertunang di rumah aku dulu, aku & en.suami menjadi wakil utk terima pinangan di pacar durjana itu..) Masa itu, merujuk pada perbualan aku dgn Ibu Cikti di Aceh.. Aku boleh menjadi wakil untuk menerima pinangan itu, tetapi ibu tua itu sangat berhajat untuk buat kenduri besar-besaran di kg halaman mereka. Walaupun Cikti desperate giler memujuk aku & ibu dia,.... W/pun ibu dia akhirnya berlembut hati membenarkan dia kawen di Malaysia, tapi hati aku masih blm cair. 

Aku kata empat.... Aku bagi kata dua pada cikti, selepas kawen nanti sekiranya dia kembali kerja dgn aku, aku tak mau berjanji apa2,.. maksudnya dia blh bercuti tp hanya sebulan sekali atau 2 minggu sekali tetapi aku tak mau berjanji utk balik ke SP semata2 kerana dia mahu menjalankan tanggungjawap dia terhadap suami dia. Dan aku nak si suami dia datang menjemput dia setiap kali dia bercuti dan menghantar dia kembali. Aku bagitau tau perancangan aku utk tahun depan,.. Ini perancangan aku, dan aku tidak mau sesekali ada apa2 halangan dari pihak dia kecuali hanya dari Allah swt. Makna kata aku nak dia mengikut  dan menghormati perancangan aku dan dia kena akur dgn perancangan aku, dan aku tidak boleh mempertimbangan perkara lain sekiranya dia macam2 lepas ni. Dan sekiranya dia tidak boleh, tidak mahu atau mendapat tentangan dari bakal suami dia itu, maka aku akan tamatkan permit dia sebelum dia pulang nanti dan akan cari maid baru. Aku bagi dia masa,..sehingga awal bulan 6 nanti.

Aku cuba merancang... aku masih berpegang pada Allah yang akan melakasanakanNYa... tetapi setiap manusia diwajibkan berusahakan... Aku mmg plan nak mengandung lepas ni... Aku mesti merujuk pada condition aku semasa mengandung. Sejarah kesihatan aku... Jadi, aku tak boleh kalau cikti ni mengada2 lps ni. ntah ler,.. aku sendiri tatau tindakan aku ni betul ke tak... ? ko raser cam mana ?

Wednesday, May 09, 2012

Teringin

Malam semalam mimpi pulut udang yang dekat dgn sungai nak pi shahab perdana tu... pulut udang kiranya best la kan seantero dunia,... Pulut udang ni yg kadang2 tak best nyer sbb org suka guna hampas kelapa sebagai inti,.. Tu yg poton stim tuu,... Inti tak sedap, mmg rasa pulut udang pun tak sedap laa,... 

Oleh kerana keinginan membuak2,.. takut pulak malam ni mimpi lg,.. mimpi makan kan tak best,.. Kata org tua mimpi makan buleh bw penyakit,... So pagi tadi dengan pulunnya aku pun memulakan usaha mengoogle resepi pulut udang,... Rupanya kat tempat lain, nama pulut udang ni dah dikomersialkan jadi pulut panggang,.. Tp org utara mcm aku ni, dok sebut pulut udang lg...

So, hasilnya,... bolehla dikatakan 3.5* ja kot. First time try kan..kang aku boh 5* kan ada yg nak termuntah pulak....

Masa ni baru nak try membalutnya.... Adeh, tak reti nak balut bagi comel2... jadi, ni kira versi hentam sajalah labuuuu.......

Bolehlaaa, tapi masih senget2... tak cukup piawaian.....


Dah boleh dibakar....

Heheheheeee.... rasanya entah ler,.. bolehla, lepaskan anak tekak aku ni... kena cari resepi inti yg lebih 'kick' ni... resepi inti ni agak kurang 'kick' untuk aku ler.... w/pun tangan yg tak dibedung ni dah mengapgretkan apa2 yg patut...

Wiken baru2 ni, anak dara aku tu,...duk merenggek nak belajar wat kek,.. Adeh puas bagitau dia,..Umi ni tak pernah seumur hidup buat kek,.... Puas mengodek-godek pakcik google utk cari resepi yg paling senang,... yalah, manalah nak tau whipping cream tu apa,... tak pernah dengar pon sblm ni ada whipping cream bagai... Ikut resepi mat gebu kena buh whipping cream,... mak aiii,... bila pi cari kat supermangket, rupanya ada 2 jenis whipping cream,.. 1 yg dairy & 1 lg yg non dairy,... Bagi Umi yg baru 1st time nak cuba wat kek,...mintak mahap la nak,.. Tak paham aih apa ke benda semua tu,... last2 godek2 jumpala resepi hat yg paling senang,... resepi hat yg sukat2 pakai cawan,... Dah ler darurat kan,.. mana nak cekau mesin penimbang tu kan,.... Sukat guna cawan ke gelas ke senang la sikit,... Tapi di mana tah silapnyer, kek rasa baking powder je,... tak sedap langsung,.... dengan hangit nyer,.. Takpelaa sayang,..nanti kita cuba lagi yer,.... Umi kena beli jugak mesin penimbang tu sebab dah terliur kek marble mat gebu yg buh whipping cream tu....

Kek yg hangett tak hengat donia.... Frust den...


Kek marble yg tak comel dan tak sedap.....

Birthday aku baru ni,..aku ada di s/alam,.. kena lepas siksa presentation progress report,.. Aku balik rumah, en.suami pulak kena ke uum...kelas,.. So bertembung lagik time table,. Sejak2 en.suami keja bz ni & further study ni,... hidup mmg huru-hara sikit,.. Tapi sabar tu kan separuh dr iman kan... Nak tak nak sabar jelah. Cuma agak payah nak didik hati supaya redha. Tapi sempat jugak dapat belanja kat SR,.. bawa anak2 makan2 kat SR di Aeon Sek.18 yg baru tu di Ipoh.



Birthday aku kali ini,... tiba2 aku rasa mcm tua dah pulak. Cuma ada beberapa tahun je lg nak cecah angka 40 tu,... adeiiii laaa.. Tiba2 tengok muka kat cermin rasa mcm "alamak,...tuanyer aku..." ada tak resepi nak bg muda belia semula,.. Dengan badan yg bagai dipam2 ni, aku rasa cukup down. Nak kuruskan badan rasa tak berbaloi sbb aku ada misi. Misi tu akan berlangsung dalam 4-5 bulan ajer lagi,... penat2 turunkan berat badan, lepas tu sure akan tembun tak hengat donia punya. Baik tak payah. Yang penting sekarang nak bagi sihat jer. Aku tak ada la special wish apa2 sempena birthday aku ni. Cuma aku banyak belajar lately,.. belajar tentang manusia, belajar tentang hidup, belajar tentang emosi dll.... dan yg penting sekali phd aku yang entah apa dah jadi tahun lepas. Semoga tahun ini, corak perjalanan hidup aku akan lebih mudah dari tahun lepas. Yang penting bahagia...!!!! 

Esok pulak birthday anak teruna aku.. Dah 8 tahun dia. Umi doakan Adik jadi anak yg soleh, beriman, anak yg baik, pemimpin yg baik dan segala kebaikan di dunia & akhirat untuk Adik. Hajat di hati nak juga buat birthday party utk dia, tapi nantilah... kita tgk mcm mana. Nak buat yg simple2 je,... tp dengan tahap kebizian ayahanda mu itu,... Umi jadi binggung dek.. Nanti lah yer.. kita tgk macam mana.... ^__^......

p/s --- tgh mengidam nak nengok gambaq2 besday rafiq ni.. agak2 nyer la kan,... bilala Ibu Zura ni nak menghapdet blog dia dgn citer pasal besday Rafiq... Umi Yong dah pun hapdet pasal citer besday Mokna,... sungguh teruja Umi Anis nengok Mokna yg comel & cute itu... Tak lama lagi besday Aisyah pulak..harap2 Mommy Dila ada hajat nak buat besday Aisyah yer... Utk Mama Wawa, mana ko ni Dek...dah lama benar tak muncul,... Adele ok ker ? Mama Zureen, sure tgh penat membawa kan.. Itula harapan aku dlm 4-5 bulan nanti... Mana aci kat kome2 ajer membawa perut... aku pun nak jugak. At least, try for the last time kan....